Friday, August 19, 2011

kaki bola

red devils

BPL kembali lagi dengan musim baru yang menjanjikan pelbagai aksi bola sepak yang cukup menghiburkan.baru-baru ini perlawanan pembuka tirai community shield di antara si abang MU & adiknya man city yang berakhir dengan kemenangan dramatik berpihak kepada MU dengan jaringan 3-2.penonton disajikan dengan perlawanan yang cukup menghiburkan sehingga wisel penamat.MU yang dibarisi muka-muka baru musim ini menampilkan aksi yang cukup memukau kepada peminat kesayangannya.pada perlawanan tersebut,nani dipilih sebagai man of the match kerana beraksi dengan cemerlang dan menjaringkan gol kemenangan dramatik sekaligus membawa kepada kejayaan pasukan MU.puas hati tengok game malam tu hehe.tak sabar rasanya nak menikmati aksi-aksi perlawanan seterusnya.kepada pasukan kesayangan aku MU,semoga sukses dalam mengharungi kempen liga musim baru ni.misi musim ni merangkul kejuaraan liga kali ke-20 serta piala lain.sapu bersih semua piala,jangan kasi can haha.glory glory man united :)

p/s: rindu aksi legend eric cantona,david beckham & cristiano ronaldo bersama MU ^_^

No comments: