Sunday, August 21, 2011

minimanimo



mini fever
















kereta yang comel tapi berkuasa tinggi.mini cooper adalah kereta idaman aku.jangan ditanya kenapa,mengapa aku fanatik gila dengan kereta comel ni.pertama kali aku tengok terus jatuh cinta pandang pertama haha.entah bila dapat memiliki kereta buatan british ni.harga xpayah cakap la memang mahal gila.setahu aku,kereta mini cooper asalnya dilihat sebagai ikon pada tahun 1960-an dan merupakan kereta buatan british paling popular pada masa tu.cepat-cepat la kaya bleh rembat kereta comel ni.bila lagi nak merasa kan.jom minimanimo :)

p/s: lawa-lawa kereta mini cooper challenge ^_^

Friday, August 19, 2011

kaki bola

red devils

BPL kembali lagi dengan musim baru yang menjanjikan pelbagai aksi bola sepak yang cukup menghiburkan.baru-baru ini perlawanan pembuka tirai community shield di antara si abang MU & adiknya man city yang berakhir dengan kemenangan dramatik berpihak kepada MU dengan jaringan 3-2.penonton disajikan dengan perlawanan yang cukup menghiburkan sehingga wisel penamat.MU yang dibarisi muka-muka baru musim ini menampilkan aksi yang cukup memukau kepada peminat kesayangannya.pada perlawanan tersebut,nani dipilih sebagai man of the match kerana beraksi dengan cemerlang dan menjaringkan gol kemenangan dramatik sekaligus membawa kepada kejayaan pasukan MU.puas hati tengok game malam tu hehe.tak sabar rasanya nak menikmati aksi-aksi perlawanan seterusnya.kepada pasukan kesayangan aku MU,semoga sukses dalam mengharungi kempen liga musim baru ni.misi musim ni merangkul kejuaraan liga kali ke-20 serta piala lain.sapu bersih semua piala,jangan kasi can haha.glory glory man united :)

p/s: rindu aksi legend eric cantona,david beckham & cristiano ronaldo bersama MU ^_^

Tuesday, August 16, 2011

skuteris mania

skuterama

terlalu banyak kenangan berskuter sepanjang hidup aku.konvoi psk kuala lumpur 2006 & ghetto family day port dickson 2007 antara kenangan paling best yang takkan dapat dilupakan.pelbagai kenangan manis,pahit,masam dan masin semua tu dah aku lalui sepanjang aktif berskuter.pejam celik dah 5 tahun aku aktif berskuter hingga sekarang.yang pasti aku adalah skuteris mania sampai bila-bila ^_^

p/s: white blood scoot community langkawi masih aktif :D

hobi baru

fixie fever

ni la hobi baru aku sekarang,tiap-tiap petang mesti kayuh fixie pusing kampong.nak kayuh pusing langkawi rasa macam tak mampu lagi sebab komitmen berpuasa.sambil berkayuh menikmati panorama indah ciptaan tuhan,titisan peluh yang keluar membuatkan aku berasa bertambah sehat.jom kayuh ramai-ramai fixie rider :)

p/s: lepas raya nak kayuh pusing langkawi :D